Sunday, 11 April 2010

Tasyakkur !!


Tassyakkur = Terima Kasih

Perkataan pertama yang kami belajar ketika di Turkey. 

Walaupun pada mulanya, saya agak tidak bersetuju dengan suami untuk pergi ke Turkey, kerana masa yang terlalu padat dan keadaan kewangan yang cukup-cukup kerana kami akan pulang ke Malaysia lagi 2 minggu. Namun akhirnya, kami pergi jua ke bumi Khilafah Uthmaniyyah. Alhamdulillah.

Kami berada di sana hanya 7 hari, menziarahi kota Istanbul yang penuh sejarah dan kenangan. Saya yakin, sejarah kekuatan ini akan berulang kembali, kerana inilah yang dijanjikan oleh Allah. 

Di antara beberapa negara yang saya lawati sepanjang berada di UK. Turkey adalah tempat yang sangat memberi kesan yang mendalam kepada jiwa saya, saya rasa sayang untuk meninggalkan bumi Khilafah ini. Penduduknya yang sangat peramah dan baik hati, sangat bersih dan suasananya yang mendamaikan jiwa. 

Apabila membaca buku Ustaz Hasrizal bertajuk 'Secangkir Teh Pengubat Letih', walaupun saya dan suami  melawat hanya di beberapa tempat sahaja di sekitar Istanbul, tanpa ditemani oleh teman sebagai tourist guide, namun sedikit sebanyak cerita dan kisah ustaz banyak mengembalikan ingatan saya ketika berada di sana. Sungguh indah dan menyemarakkan jiwa.


Hari Pertama

Kami tiba di Turkey pada malam hari, agak letih kerana transit di Frankfurt agak lama. Perjalanan di dalam Atarturk International Airport saja sudah makan masa, dalam keadaan mata yang layu, kami melangkah mencari Trem untuk ke Aksaray stesyen, dari sana ke Sikerci tempat penginapan kami selama berada di Turkey.


Muka keletihan menunggu flight seterusnya.


Apabila ingin membeli tiket Tram, kami agak terkial-kial kerana tidak memahami bahasa Turkey, mujurlah ada seorang anak muda membantu kami untuk membeli tiket. 

"Tasyakkur" tersenyum dia apabila kami mengucapkan terima kasih.

Alhamdulillah, boleh duduk sebentar di dalam Tram. Kami asyik menjengah nama stesyen seterusnya agar tidak terlepas. Sepanjang perjalanan, kami berbual, terasa diri diperhatikan kerana bahasa asing yang kami bicarakan. Saya tersenyum, jangan risau, kami tidak mengumpat kalian !

Akhirnya kami tiba ke tempat penginapan kami di Sikerci. Setelah meletakkan luggage, kami terus keluar ingin mengisi perut yang sudah lama berkeroncong. Sempat berjalan di tepi laut. Anginnya sungguh damai dan tenang Subhanallah.

Berlatar belakangkan Pantai Bosforus. Tidak jelas kelihatan di malam hari


Kami masuk ke salah sebuah restoran berdekatan dengan hotel. Makanannya agak variety, Hmm.. ada ikan bakar. Kami pun order mengikut pilihan hati.

Akhirnya malam itu, puluhan Lira melayang. Mahal juga restoran ni. Mungkin esok kita kena tengok harga dulu, dan kena rancang perbelanjaan betul. Masih ada 6 hari lagi. Mujur bawa banyak bekal dari rumah.

Namun, ikan bakar di restoran itu sangat sedap.

Sementara menunggu makanan siap dimasak

Alhamdulillah, selesai solat kami berehat.

We rest for a very long day tomorrow, tak sabar nak tunggu hari esok....

bersambung...


Cahaya Memelihara
Datuk Keramat

0 comments:

Post a Comment