Saturday, 10 April 2010

Apa Salahnya Ringankan Isteri

Assalamualaikum Warahmatullah..

Kali terakhir menulis Aidilfitri yang lepas, setelah sekian lama baru menulis kembali. Banyak perkara sebenarnya ingin dikongsikan bersama. Kadangkala, sedang menulis, terberhenti dan 'terperok' di dalam draft.

Hari ini mengambil azam tahun baru Masihi 2010.

Bulan Disember ini, jadual weekend agak ketat, bermula dengan Fiqh Wanita Course yang saya sampaikan di Prague, Chech Republik, bercuti ke Scotland bersama dua keluarga rapat, mengikuti program Fuiyo, berprogram serta menerima beberapa kunjungan beberapa sahabat ke rumah sehingga ke minggu ini.

Dalam melayari bahtera kehidupan dalam masa sebulan ini, kerapkali saya mendengar dan terbaca cerita dan luahan isteri tentang suami yang kurang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Antara tugasan harian di rumah:-

Mengemas rumah, membasuh kain, membuang sampah, menyusun kasut, membasuh pinggan, vaccum, mencuci tandas, memasak, mengemas tempat tidur, mandikan anak-anak, menyiapkan anak-anak, memberi makan anak-anak, memantau kerja sekolah anak-anak.

Banyak juga yang ingin disenaraikan.

Itu belum bagi yang ada kebun sendiri yang perlu disiram pokok setiap hari.


Tanggungjawab Isteri

Tugas isteri adalah menenangkan suami, menenangkan matanya apabila melihat kita dalam keadaan rapi, cantik tersenyum, dan harum mewangi. Menenangkan matanya juga melihat rumah yang kemas, tersusun indah dan bersih. Menenangkan suami dengan menyajikan makanan yang baik dan sedap dengan susunan meja yang menarik menambah lagi selera. Itulah antara tanda cinta dan ketaatan isteri kepada suami.

Namun, isteri adalah manusia, bukan robot. Yang sentiasa mampu untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik dan kemas sepanjang masa. Kadangkala ada waktu-waktu yang terasa membiarkan mata melihat rumah tidak rapi kerana terasa penatnya.

Waktu inilah, isteri mengharapkan suami memahami, mungkin boleh menolong isteri meringankan sedikit tugas hariannya. Apabila makan, tolong isteri untuk sama-sama menyiapkan makanan, sesudah makan sama-sama mengemaskan dan membasuh pinggan mangkuk. Isteri sangat gembira dan senang kadangkala begini.


Takut Bini vs 'Gentlement'

Bagi saya, menolong isteri menyiapkan kerja rumah bukanlah menunjukkan suami ini mendengar telunjuk isteri atau 'takut bini' dan sebagainya. Tapi ia adalah tanda gentlement nya suami membantu isteri. Lebih-lebih lagi ia adalah sunnah amalan Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam.

Namun, perlu diingat juga kadangkala apabila kita dikurniakan suami yang rajin menolong, isteri banyak ambil kesempatan dengan menyuruh dan memerintah suami. Sehingga di hadapan kawan-kawan dan jiran-jiran memerintah suami.

Suami dikurniakan 'izzah' dari Allah kepada setiap isteri. Dengan 'izzah' yang ada itulah ia dapat memimpin dan mendidik isteri. Dengan izzah itulah juga cinta dan ketaatan isteri tidak berbelah bahagi. Jangan sampai izzah itu hilang dan pergi, maka hilanglah nilai cinta dan ketaatan ........

Berkongsi beberapa gambar ketika berada di Talford, Program Fuiyyo. Mantop!


Hammas Wa Hammasah



 Bersama Ustaz Mazlee dan keluarga.



Gambar setelah selesai program fuiyyo. Program yang sangat manfaat dan sporting



Cahaya Memelihara
Ditulis pada 2 Januari 2010. 

0 comments:

Post a Comment