Sepanjang minggu ini, kami akan sibuk mengemas rumah, membungkus barang, menyusun dan mengemas kini barang-barang untuk dimasukkan di dalam kotak.
Kami akan berpindah..
Ya, setelah berfikir, berdoa, minta Allah berikan petunjuk di atas perpindahan ini, semoga ini yan terbaik. Ramai yang nasihatkan untuk tidak berpindah ke rumah tersebut, berdasarkan sejarah yang sahih. Pada mulanya kami agak ragu-ragu untuk berpindah ke situ, namun, apabila berbicang dengan recent tenant, dan tiada masalah sepanjang mereka tinggal di sana. Kami rasa mungkin tidak lagi. Manusia berubah, berubah mengikut masa, berubah meninggalkan sejarah, dan yang lebih baik adalah berubah menjadi lebih baik dan lebih baik.

Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t. (Hadith)
Kami mula packing barang, bermula dengan baju-baju, hadiah-hadiah, dan buku-buku. Mujurlah barang kami tidak banyak, tidaklah mengambil masa yang banyak. Risau kesibukan ini menjadikan kami leka, dan sibuk sehingga terlepas peluang mencipta dan mencapai taqwa di bulan pembinaan Taqwa ini.
Barang dapur adalah perkara terahkir untuk diselesaikan, memandangkan minggu ini kami akan menerima beberapa orang tetamu.
Moga penghijrahan ini selaras dengan petunjukMu Ya Allah, kami tidak tahu hala tuju kami yang sebenarnya melainkan Engkau tunjukkan kepada kami.
Takutnya saya rasa, Ramadhan pergi tanpa rasa apa-apa. Tanpa rasa insaf dan taubat yang untuk berubah menjadi lebih baik.
Tapi percayalah, kita perlu bersangka baik dengan Allah, kerana Allah adalah menurut sangkaan hambaNya. Ya Rabb, tunjukkan kami ke jalan yang Engkau redhai, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan-jalan yang sesat. Ameen..

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال : قال النبي - صلى الله عليه وسلم - : يقول الله تعالى : ( أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني ، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي ، وإن ذكرني في ملإ ذكرته في ملإ خير منهم ، وإن تقرب إلي بشبر تقربت إليه ذراعا ، وإن تقرب إلي ذراعا تقربت إليه باعا ، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة ) .رواه البخاري و مسلم
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKU. Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas. Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jaraksehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas."(Muttafaq 'alaih)
Ummu Ammar
Ramadhan 1430
0 comments:
Post a Comment