
Apabila menjelang Ramadhan, umat Islam diseluruh dunia bergembira menyambut bulan Rahmat dan Keampunan ini. Masing-masing bersedia sebaik mungkin untuk mengharungi bulan keemasan ini. Kerana datangnya setahun sekali, namun, merasainya pada tahun ini tidak pasti hingga ke penghujung.
Pagi ini, saya menggosok baju-baju kerja suami yang sekian lama ditangguh.. Lenguh juga kaki kerana berdiri lama. Sambil menggosok baju saya mendengar satu ceramah daripada Syeikh Mokhtar Maghraoui tentang 'The Heart Of Ramadhan'. Ini kali pertama saya mendengar ceramah dari beliau.
Apa yang menyentuh hati saya adalah apabila beliau bercakap tentang nilai Ramadhan kepada kita dan bagaimana Ramadhan menilai kita. Sekiranya di bulan ini kita masih ingin meluangkan masa menonton filem, bermain games, dan berborong sakan di internet. Maka, itulah nilai Ramadhan di sisi kita. Ramadhan sama sahaja seperti bulan lain.
Sambungnya lagi, bulan ini adalah bulan penyucian hati, bulan pembentukkan akhlak, bulan pembersihan dosa dan kekotoran fikiran dan jiwa. Kikiskan sifat bersangka buruk pada manusia, buang sifat Riya', Ujub (perasan diri bagus), dan hasad yang terlalu sukar dikikis. Jauhkan dari mengumpat walaupun hanya sekadar ingin bercerita kepada suami, dan kawan rapat.
Sebaliknya, pupuklah sifat bersangka baik, membentuk ikhlas di dala hati, bersyukur dengan kebahagian kawan serta mendoakan mereka serta menutup aib manusia. Inilah yang menjadikan hati kita sihat. Rasa tenang keributan di dunia.
Disamping itu, beliau ada menyebutkan tentang makanan yang kita sediakan ketika Ramadhan. Kalau boleh rasa nak penuhkan meja dengan makanan. Nafsu ingin makan bermacam-macam sangat tinggi ketika Ramadhan.
Rasulullah mengajar kita mengajar keseimbangan di dalam makan dan minum.
Tambahnya lagi, Syaitan berjalan di saluran darah kita. Bagaimana ingin melawan Syaitan semakin menjalar di dalam darah kita, dengan BERPUASA. Subhanallah ! Dan, perjalanan darah sangat bergantung dengan makanan yang kita makan. Jadi, pilihlah makanan yang sesuai dengan kadar yang perlu. Makanlah dengan mengikut adab-adab menjamu makanan agar makanan yang masuk ke dalam badan kita berjaya menghakis sedikit-demi sedikit pergerakan Syaitan di dalam badan kita.
Di akhir kalamnya, beliau mengajak sama-sama untuk mengejar cinta Allah, kerana cinta Allah tidak berbelah bahagi, cinta Allah tiada pasang surutnya, cinta Allah menjadikan kita makhluk istimewa di langit dan di bumi. Cinta Allah adalah segala-galanya.
Pintu Ramadhan sudah terbuka, dan sedang terbuka untuk kita semua. Mari sama-sama rebut tawaran Allah ini. Feel it ! and u will find the greatest taste of being the servant of Allah.
Pintu Syurga sedang dibuka, inilah masanya..
Ramadhan is the month we will discover ourselves. Nilai kita di sisiNya..
Ummu Ammar
5 Ramadhan 1430
0 comments:
Post a Comment