"Akak nak semua sampaikan tazkirah kali ini, 5 minit pengisian sebagai perkongsiaan bersama, ok start dengan Hanee" saya memulakan usrah kali ini.
" Ermm, baru-baru ni saya mendengar Kuliah Ustaz Syamsuri, untuk menyedarkan hati yang kadangkala leka, lebih-lebih lagi bila dah habis exam, gembira dan lapang sampai lupa padaNya" Hanee memulakan bicara.
"Ustaz mengupas tentang 4 Perkara yang disembunyikan Allah kepada hambaNya"
Keredhaan Allah adalah segala-galanya bagi kita. Kita perlukan redha Allah di dalam setiap perkara dan amalan yang dilakukan. Walaupun beratus rakaat kita bersolat, namun tanpa keredhaan Allah, sia-sia juga amalan itu.
Keredhaan juga yang menjamin kita ke Syurga
Kenapa begitu?
Untuk menguji kita, setakat mana kuatnya kita berterusan di dalam melaksanakan tuntutannya. Adakah apabila kita dikurniakan nikmat baru nak ingat padaNya, atau ketika susah?
Begitu juga, amalan kita yang sedikit jangan dipersiakan. Walau kita tidak pergi ke Medan Jihad, walau kita tidak mengeluarkan seluruh harta kepada Agama, walau kita tidak berpuasa sepertimana berpuasa Nabi Daud Alaihissalam. Tapi jangan kita abaikan amal ibadah kita yang sedikit.
Amal yang sedikit tetapi tinggi darjatnya di sisi Allah, kerana tingginya nilai ikhlas ketika melaksankan amal ibadah, kerana rasa rendahnya diri kita di sisi Allah yang memberikan kesungguhan untuk memohon petunjuk dariNya.
Bilal bin Rabah di antara sahabat Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam yang dijamin masuk ke syurga, khabar gembira ini disampaikan kepada para sahabat yang lain, antara sebab kenapa Bilal terpilih menjadi ahli Syurga adalah konsistennya beliau di dalam melaksanakan Solat Sunat mengambil Wudhuk.

Pertama: Allah Taala sembunyikan redhaNya

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal:
Hai Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan yang paling engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana sesungguhya saya mendengar suara derap kedua terumpahmu
di hadapanku di dalam syurga." Bilal menjawab: Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan saya tentu bersembahyang dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku - yakni setiap habis berwudhu' lalu melakukan shalat sunnah wudhu'."
(Muttafaq 'alaih)
Amal yang sedikit namun, di lakukan dengan bersungguh-sungguh dan konsisten, bukan senang untuk konsisten, ia memerlukan kekuatan jiwa untuk memenangkan nafsu dalam diri.
Kita perlu cuba sedikit-sedikit dahulu, seperti ingin konsisten dalam menunaikan Solat Sunat sebelum Subuh, cuba berterusan sehingga kita rasa biasa dan tidak kena apabila meninggalkannya. Atau Solat Witir, yang menjadi amalan Rasululluh setiap hari, walaupun beliau dalam perjalanan (musafir)
Carilah redha Allah di dalam amal ibadah kita, walau sedikit namun biarlah berkualiti dan berterusan. Mungkin amal yang sedikit inilah yang memberatkan timbangan kita di akhirat nanti.
Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jangan jemu melaksanakan Ibadah kerana Allah Taala tidak jemu menilai dan menimbang amalan kita.
Fastabiqul Khairaat (Berlumba-lumba melakukan kebaikan) !!
Ummu Ammar
Manchester
0 comments:
Post a Comment