Sunday, 7 June 2009

Kisah Bermulanya Ummu A'mmar (2)

Sambungan entri yang lalu, selepas mengenali 'sunnah' saya mula mengikuti program, kuliah, daurah di univeristi. Di sinilah berkembangnya pemahaman, pembacaan dan penilaian saya dengan Manhaj dan Perjuangan Salaf.

Selepas menghadiri Kuliah daripada Ust Husin Yee, saya pulang ke universiti dengan seribu satu persoalan dan tanggapan.

Seminggu selepas itu, saya dihubungi oleh seorang kakak untuk menghadiri kuliah Sifat Solat Nabi di masjid. Kuliah tersebut disampaikan oleh Ustaz Arif, beliau adalah pelajar Phd di dalam Hadith. Penyampaian sangat ilmiah dan santai. Setiap untaian huraian pasti disertai hujjah dan dalil. Dan dalil tersebut juga dikupas 'sanad' dan 'matannya'.

Inilah kali pertama saya menghadiri kuliah sebegini. Penuh kajian dan ilmiah. Direct daripada Ulama'. Huraiannya adalah kata-kata para Ulama'. Dan analisa sendiri yang diterangkan dengan penuh tersusun dan jujur.

Setelah itu, saya tidak tinggal menghadiri kuliah ini. Saya hadiri semua kuliah yang ada diadakan di universiti. Pantang dengan kuliah atau syeikh datang, pasti saya tidak ketinggalan.

Waktu itu, ramai pelajar sangat teruja menuntut ilmu, saya sangat rindukan suasana itu. Masing-masing berlumba membaca, menghafal, menghadiri kuliah dan berjumpa syeikh. Sekiranya ada masa terluang menunggu kelas seterusnya, akan cuba menjadi 'mustami' ' di dalam kelas-kelas Tafsir atau Hadith.

Saya mula menghadiri kuliah Syeikh Aiman, anak murid kepada Syeikh Albani Rahimahumullah. Saya bertalaqqi kita 'Aqidah Wasathiyyah' karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Saya cuba untuk konsisiten hadiri kuliah syeikh, saya rasa amat penting untuk saya memahami Manhaj Salaf dengan berguru dengan syeikh yang 'ahli' dalam bidang ini.

Sejak itu, saya mula fokus pembacaan saya kepada Manhaj Salaf di dalam Aqidah, Ibadah dan Muamalah. Saya mula mengenali penulisan Syeikh Salih Uthaimin, Syeikh Ibn Baaz, Syeikh Salih Munjid, dan banyak lagi. Dan, saya mula mengikuti perkembangan kajian dan kelas Ust Husin Yee, Dr. Asri Zainal Abidin, Dr. Johari Mat, Ust Fauzi Deraman, Ustaz Habeeb dan lain-lain lagi.

Hubungan saya dengan ummi semakin rapat, setiap Isnin malam, saya akan menghadiri kuliah Ust Husin Yee di Damansara. Sekiranya saya tiada program di hujung minggu, saya akan ke Taman Maluri untuk membuat kelas B.Arab kepada anak-anak di sana.

Di dalam kesibukan dan kesungguhan saya mengikuti program, dan kuliah ilmu. Saya ketinggalan banyak mengikuti program Jemaah. Saya sudah tidak kerap menghadiri 'liqa' stetiap minggu, dan segala demonstrasi saya tinggalkan malah boikot atas dasar prinsip yang baru saya anuti ketika itu.

Sehingga saya disuruh berjumpa dengan salah seorang pimpinan untuk menyatakan sebab kenapa melanggar bai'ah dengan tidak istiqamah dengan program Jemaah. Saya bukanlah membenci atau tidak mahu mengilut Jemaah. Namun, waktu itu, perlu berikan keutamaan kepada tuntutan baru ini.

Saya yakin, jalan baru ini adalah pembuka jalan kepada saya untuk membentuk pemikiran, dan kajian saya di dalam ilmu. Saya tidak menyesal melepaskan banyak tugasan dan perlantikan. Saya sentiasa meminta petunjuk dari Allah agar sentiasa memberi petunjuk kepada saya, memudahkan urusan saya ini.

Saya hilang ramai kawan ketika itu, kerana pilihan yang saya buat untuk menumpukan kepada menghadiri kuliah, dan bertalaqqi dengan syeikh berbanding dengan program Jemaah. Saya dipinggirkan selama setahun kerana keputusan yang saya buat. Dipinggirkan daripada banyak program rahsia Jemaah. Kadang-kadang rasa jauh hati, namun ini bukan salah mereka. Saya yang memutuskan untuk berhenti sebentar dari program Jemaah yang 'clash' dengan kuliah.

Saya lebih banyak bergaul dengan senior dan International Student. Saya jarang pulang ke bilik malah, saya lebih banyak menghabiskan masa di masjid dan library.

Tambahan pula, saya terpilih mengikuti Kursus Tahfiz anjuran universiti. Masa saya yang ada waktu itu juga saya isikan dengan menghafal Al-Quran. Sebulan satu juzu'.. Guru 'tasmi' ' saya Ustaz Syukri Abdullah.

Sepanjang tahun pertama saya di universiti, saya betul-betul menumpukan perhatian menghadiri Kuliah dan Daurah. Cuti semester saya hanya seminggu di rumah. Selebihnya saya ikut 'daurah' serta membantu ummi di Taman Maluri.

Apabila bersama ummi, saya banyak bertanya ummi. Banyak perkara saya belajar dengan ummi, pengalaman ummi membangunkan Al-Khaadem dan usaha awal menjaga anak-anak ini. Sungguh mulia kerja ummi. Semoga Allah meletakkan ummi sekeluarga dikalangan golongan yang diredhaiNya.

Bersambung ...


Ummu Ammar

3 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian cerita ini kak Fizah, baru saya tau sedetil-detilnya..hmm, bila nak sambung siri 3 pula? :-)

    ReplyDelete
  2. Tak detail sangat ni, akak ceritakan mana yang perlu saja.. banyak lagi yang tersembunyi, tapi biarlah ia menjadi rahsia..Hayakallah. Thanks husaini..

    ReplyDelete
  3. salam fizek...bes baca cite nti...xsabar nk tggu part 3...-elin

    ReplyDelete