Ahad lalu, kawan hubby datang ke rumah bersama isteri, mereka baru mendirikan rumahtangga Mac lalu, pengantin baru la ni.. Inai pun tak hilang lagi.
Saya masakkan Nasi Daging, antara kegemaran hubby saya. Resepinya boleh ambil di sini. Selepas kahwin, baru nak belajar masak special-special macam ni. Memang kena tengok resepi. Banyak membantu saya sejak tinggal di sini.
Saya masakkan Nasi Daging, antara kegemaran hubby saya. Resepinya boleh ambil di sini. Selepas kahwin, baru nak belajar masak special-special macam ni. Memang kena tengok resepi. Banyak membantu saya sejak tinggal di sini.
Sesudah makan, kami berbual-bual dan menyentuh tentang anak-anak Malaysia yang tinggal di sini.
Anak dan Games
"Anak-anak sekarang ni lebih suka main games di rumah daripada main di padang, tu yang tak sihat!" kata kawan hubby.
Saya bersetuju, melihat sekarang ni, anak-anak yang datang ke rumah mengaji banyak bercerita tentang Games, PSP, PC Games, Wii Games, DS atau NDS dan macam-macam lagi. Sudah pandai download sendiri dari internet walau masih 9 tahun. Risau saya mendengarnya.
Anak dan Games
"Anak-anak sekarang ni lebih suka main games di rumah daripada main di padang, tu yang tak sihat!" kata kawan hubby.
Saya bersetuju, melihat sekarang ni, anak-anak yang datang ke rumah mengaji banyak bercerita tentang Games, PSP, PC Games, Wii Games, DS atau NDS dan macam-macam lagi. Sudah pandai download sendiri dari internet walau masih 9 tahun. Risau saya mendengarnya.
Bila ada majlis pertemuan ibubapa, anak-anak disediakan games untuk bermain. Supaya tak buat bising dalam majlis. Kalau dulu, banyak memberi buku, atau kertas untuk melukis, bermain silangkata atau sebagainya.
Bila saya bertanya, apa aktiviti yang dibuat semasa cuti sekolah, kebanyakkan menjawab main games dan tengok tv atau filem. Itulah aktiviti seharian mereka. Kalau tak ditangan main games, mata mesti mengadap televisyen.
"Apa boleh buat, tengok kawan-kawan semua ada PSP, dia pun nak juga" jawab salah seorang kakak di sini.
"Bukan kita tak boleh control kak, kita tak nak anak-anak dibesarkan dengan hiburan, banyak keburukan dari kebaikan. Banyak ibubapa tak boleh control" saya cuba menjawab.
Kita semua sayang anak-anak kita, dan kalau boleh nak penuhi permintaan anak-anak. Kita rasa bahagia dan gembira sekiranya anak-anak gembira.
Namun, biarlah berpada-pada.. jangan sampai anak-anak hilang waspada. Sudah hilang telinga mendengar nasihat ibubapa. Sudah tiada tangan dan kaki menolong ibubapa. Sudah pandai menjawab apabila ditegur, dan sudah mula melenting dan menghentak kaki apabila permintaan tidak dipenuhi.
Ada juga ibubapa yang memberi ganjaran kepada anak-anak yang bersikap baik. Sehingga mereka menganggap, buat baik untuk mendapat ganjaran, buat baik nanti ibubapa bagi hadiah dan sebagainya. Subhanalllah!
Pendedahan yang terkawal
Tidak salah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang hiburan, manusia perlukan hiburan, namun mestilah bijak memilih dan tidak melampaui Agama. Kalau nak menonton cerita filem, pilihlah yang baik, ada sudut nilai yang positif dan boleh membantu perkembangan bahasa, pertuturan dan pemikiran anak-anak.
Sebenarnya tidak susah untuk membesarkan anak-anak secara biasa. Membentuk anak-anak menjalani kehidupan yang biasa. Memberi makan, pakaian, menjaga kesihatannya, dan pendidikannya. Maka yang lahir adalah anak-anak yang biasa. Hidupnya adalah untuk dirinya dan keluarganya.
Namun sangat susah untuk membesarkan anak-anak secara luarbiasa. Kerana ia sangat memerlukan pengorbanan dari ibubapa. Pengorbanan yang memerlukan kesabaran. Sabar apabila anak-anak menangis ketika membaca Al-Quran, sabar ketika anak-anak menangis kerana tidak mahu ke Masjid, dan sabar ketika anak-anak penat mengemas rumah dan sebagainya.
Hati kena keras dan kuat!
Sebagaimana Ibu Imam Syafie yang sanggup menghantar anaknya sejak kecil belajar Agama. Kalau ikutkan hati, tentu semua ibu ingin anak-anak mereka sentiasa di sisi. Tak sanggup melihat anak terpaksa basuh baju sendiri ketika kecil, sediakan makanan sendiri ketika kecil. Ibu mana yang sanggup.
Ibubapa Kuat Anak Pun Akan Kuat
Kadang-kadang ibubapa yang lebih-lebih. Takut anak tak boleh buat. Kasihan tengok anak penat. Tak sanggup anak menangis. Sebenarnya, ibubapa yang perlu tanamkan semangat kepada anak-anak. Kalau ibubapa yang lemah semangat dulu. Apatah lagi anak-anak.
كل مولود يولد على الفطرة،
فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
"Seseorang anak itu dilahirkan dalam keadaan Fitrah (Islam), maka ibubapalah yang mencorakkan samada ia menjadi seorang Yahudi, Nasrani, atau Majusi"
Ibubapa yang corakkan anak-anak. Kalau kita corakkan anak-anak dengan cintakan hiburan, maka lahirlah anak-anak seperti Yahudi, Nasrani, atau Majusia. Namun kalau kita corakkan mereka dengan Islam, maka mereka lahir sebagai seorang yang tahu matlamat hidupnya di dunia.
Didiklah mereka dahulu mengenali Allah, mengenali Agama. Jangan malu menjadi orang Islam. Sebaliknya bangga dipilih oleh Allah menjadi orang Islam.
Ajarkan mereka tanggungjawab, sebagai seorang hamba Allah, sebagai anak, dan manusia yang lain. Terapkan mereka cintakan Al-Quran, satunya Kitab Agong yang wajib dibaca dan difahami. Dan kenalkan mereka dengan Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam.
Saya faham, bukan senang tugas ini..
Sebab bukan senang nak masuk Syurga..
Ummu Ammar
salam kak fizah.. rindunya kat akak.. moga dipermudahkan semua urusan akak di sana.. fii amaanillah
ReplyDeletemain game mummy returns boleh tak?
ReplyDeletehehehehehe...
fizzzahhhhhhhhh~~~!! rindu!!