Thursday, 28 May 2009

Jangan Asyik Mencipta Alasan

Saat ini, saya baru baik daripada Demam Selsema, sudah 4 hari juga saya Demam, namun saya masih boleh bangun membaca, mengemas, dan memasak. Kelas mengaji juga berjalan seperti biasa walaupun kadang-kadang rasa ingin membatalkan kelas kerana selsema.

Bila fikirkan tentang ibubapa yang bersungguh-sungguh menghantar anak-anak mereka untuk mengaji Al-Quran, saya rasa bersalah dan tidak sanggup untuk membatalkan kelas. Tambahan pula sekarang ini cuti sekolah, dan ibubapa selalu resah memikirkan aktiviti anak mereka di rumah. Sedangkan mereka perlu bekerja dan belajar seperti biasa. Bila ada kelas mengaji rasa terisi aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah.

Saat ini, saya mendapat mesej daripada seorang adik dari Prague, mengatakan persetujuan untuk sambungan Kuliah Fiqh Wanita keesokan hari, saya baru terfikir untuk membatalkannya memandangkan saya masih belum sihat sepenuhnya.

Namun, bila saya amati kesungguhan adik-adik ini, saya berasa malu untuk membatalkannya. Saya masih boleh bangun untuk menulis tesis, dan blog, takkan tidak boleh untuk menyampaikan Kuliah Online 1 Jam? Adik-adik di sana sedang berperang dengan Final Exam, masih cuba untuk menghadiri, dan mendengar kuliah saya.

Saat ini juga, saya terkenang bagaimana saya membina kehidupan saya. Kadang-kadang ia terhasil dengan baik, tersusun, banyak perkara dapat diselesaikan dengan baik, dan everything done in time. Kadangkala juga, ia dibina dengan hasil yang mengecewakan, berterabur, tertangguh melebihi due yang ditetapkan sehingga memberikan tekanan kepada diri dan Ibadah.

Apa sebabnya ??

Jangan asyik mencipta ALASAN !

Apabila ingin siapkan Chapter Three by this week, lakukan sehabis baik, jangan cuba mencipta alasan untuk melengahkannya. Apabila mula memikirkan alasan, kita akan mula menjadi MALAS. Sekiranya ingin menyampaikan kuliah, prepare from early, jangan sehingga tiba masanya baru mahu mula membaca, membuat nota, dan mencari rujukan. Bila dan kelam kabut, mula mencipta alasan. Subhanallah !

Bagaimana ingin menolak ALASAN?

Dengan meneruskan kerja, dan fikirkan future apabila sesuatu kita dapat laksanakan dengan baik. Dan jangan layan fikiran yang sedang ingin mencipta alasan sebaliknya terus menyambung sehingga selesai.

Mungkin pada mulanya kita akan rasa sukar untuk melawan, tapi bila sekali, dua kali, tiga kali lawan, lama kelamaan rasa biasa dan ia akan jadi sebahagian daripada hidup. Lihatlah bagaimana orang yang hebat membina dan mengurus hidup mereka.

Sebagai contoh bagaimana Imam Syafie Rahimahumullah menjadi Ulama' hebat? Sejak kecil dijaga, dan berpisah dengan ibunya, menuntut ilmu. Menjadi hamba kepada Imam Malik Rahimahumullah semata-mata ingin menuntut ilmu. Mengorbankan masa mudanya dengan menghafal, menadah kitab dan mendekati para Ulama'. Tidur malamnya dikorbankan untuk berfikir dan berijtihad. Makan minumnya dijaga dan dikurangkan untuk keberkesanan ilmu dihatinya. Keinginan pelbagai dikorbankan hanya ingin mengembangkan Ilmu Agama. Tanpa usaha dan kesungguhan Imam Syafie, tiada Kitab Ar-Risalah yang memperkenal Ilmu baru Usul Fiqh julung kalinya pada zaman itu.

Begitu juga kita ..

Mana mungkin kita boleh berjaya kalau kita tidak berkorban?

Mana mungkin kita boleh berjaya kalau kita tidak sakit melawan nafsu diri?

Mana mungkin kita boleh berjaya kalau kita asyik mencipta ALASAN?

Man Jadda Wajada Wa Man Kasala Fashala. Sesiapa yang bersungguh-sungguh akan berjaya, dan sesiapa yang malas akan gagal.

Gagal sekali tidak mengapa, namun jangan gagal berkali-kali ditempat yang sama dan kesalahan yang sama.


Ummu Ammar

0 comments:

Post a Comment