Al-Quran Al-Kareem, Mukjizat Agong yang Allah Taala berikan kepada Nabi kita Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam (selawat kembali).
Setiap rumah orang Islam ada Al-Quran, paling kurang satu, ianya melambangkan seseorang itu terikat dengan Agama dan Panduannya. Namun, setakat mana kita membacanya, menghayatinya, dan mengamalkannya?
Bulan lalu, saya mengikuti Program Qiyam bersama Local Sister di sini, di Khizra Mosque. Saya diminta menyampaikan sedikit reminder ( peringatan/tazkirah) kepada yang hadir. Turut sama yang hadir pada malam tersebut adalah Sister Rasha, isteri Imam Chidle Mosque. Beliau akan menyampaikan kuliah utama tentang Tafsir Surah Al-Luqman.
Rasa segan nak menyampaikan bila ada Sister Rasha ni, dia lebih layak dari saya. Tambahan pula my english..Subhanallah..faham-fahamlah. Mujur ada hubby yang selalu menegur kesalahan saya. Banyak boleh improve.
Engagement With Al-Quran
Kenapa kena terikat dengan Al-Quran?
Al-Quran yang menjamin kehidupan kita di dunia. Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam berpesan kepada umatnya:-
"Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada keduanya, Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabiNya (Nabi Muhammad)"
Peganglah kitab Allah Taala ini, ia adalah kata-kata Allah untuk kita semua. Peringatan daripada Pencipta yang Maha Agong. Pentadbir alam ini.
Bacalah Al-Quran setiap hari, jadikan ia sebagai rutin harian kita, sebagai mana kita menjadikan perkara lain sebagai rutin harian. Kita boleh luangkan masa membaca berita, menonton televisyen, mengemaskini blog dan beriadah setiap hari. Tapi bagaimana dengan Al-Quran? Adakah kita update selalu? Kita membaca selalu? Kita hayati selalu? Menganalisa selalu sepertimana kita menganalisa isu-isu semasa yang terjadi?
Kalau kita susah hati, mesti kita cari Al-Quran. Sebab kita tahu dan rasa tenang dan tenteram apabila kita membaca Kalam Allah. Kita rasa sejuk apabila mendengar bacaan Al-Quran.
Kita akui kebesarannya, kita akui kekuatannya kepada umat Islam, dan Kita akui semuanya..
Namun, setakat mana pengakuan itu? Adakah ketika kita susah? Atau ketika sakit? Atau ketika ada Majlis Bacaan Al-Quran? Atau ketika Bulan Ramadhan? Atau bagaimana?
Kita ambil bila perlu sahaja. Kalau tak perlu kita letak tepi dahulu sehingga berhabuk tidak disentuh.
Al-Quran lari dari hidup kita
Semakin jauh kita tinggalkan Al-Quran, semakin jauh Al-Quran menjauhi kita. Lari menjauhi sepertimana unta berlari laju setelah terlepas dari ikatan.
Takutnya apabila membaca hadith ini.
Jangan biarkan kita lupa Al-Quran, rasa biasa apabila sehari tidak membaca Al-Quran, rasa boleh hidup sehari tanpa Al-Quran, rasa tiada apa-apa yang berlaku sehari tiada Al-Quran dihayati.
Nauzubillahi Min Zalik. Minta Allah jauhkah hati kita dari lalai dengan Al-Quran.
Tujuh 'T' Formula untuk kuatkan ikatan dengan Al-Quran
Dipetik daripada nota kuliah Syeikh Hassan Al-Banna yang dihadiri oleh hubby Januari lalu.
1. Tajweed
2. Tartil
3. Tahfiz
4. Tarjamah
5. Ta'allumil Lughah
6. Tafsir
7. Tadabbur
Tajweed
Kita semua belajar Tajweed, banyak hukum kita belajar dan hafal sejak dibangku sekolah lagi. Di Malaysia, pelajar tidak diajarkan Sifat dan Makhraj Huruf (tempat keluar sebutan). Ada yang belajar, namun sekadar menyebut dan teori sahaja.
Sifat dan Makhraj Huruf sangat penting untuk diberi perhatian, ini memberi kesan kepada bentuk bacaan Al-Quran kita. Perlu ditekankan ketika masih kecil, ketika lidah belum melekat dengan sebutan yang salah. Anak-anak yang masih kecil senang diajar dan dididik.
Yang dewasa, jangan malu untuk belajar Tajweed semula, check semula sebutan dan bacaan Al-Quran kita. Kalau tidak mempunyai masa untuk ke kelas Tajweed, kita punya masa untuk mendengar bacaan ramai Qari. Antara Qari yang menjadi pilihan saya untuk aspek Tajweed adalah Syeikh Ali Abdur-Rahman al-Huthaify.
Sekarang ni, berbagai cara boleh didapati untuk belajar Tajweed. Salah satu web yang boleh boost kekuatan untuk kita belajar Ilmu Tajweed. Klik di sini
'Tepuk Dada Tanya Iman'
Saya selalu ingatkan diri saya, kalau inginkan anak-anak kita dekat dengan Al-Quran, saya mestilah orang pertama yang tidak dapat tidak dekat dengan Al-Quran. Jiwa dan hati saya memberi kesan kepada anak-anak saya nanti.
Ibubapa contoh yang paling dekat dengan anak-anak. Ajarlah mereka dengan Al-Quran. Ajaklah tadarus bersama. Luangkan masa setiap hari 15 minit sekurang-kurangnya dengan ajarkan mereka dengan Al-Quran. Ingatkan mereka dengan Mukjizat Agong ini. Dekatkan mereka dengan Pencipta dengan Al-Quran. Teguhkan hati dan jiwa mereka dengan Al-Quran.
Ajarkan mereka bagaimana membaca Al-Quran dengan baik. Kalau kita boleh tegur mereka menyebut English Word dengan betul, inikan pula Al-Quran ?? Yang lebih berhak untuk ditegur, lebih berhak untuk diberi perhatian !
Jangan sehingga Al-Quran lari meninggalkan kita dan keluarga kita ..
Ummu Ammar

«تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما :
كتاب الله وسنة نبيه»

“Jagalah benar-benar Al-Quran ini, demi Yang jiwaku berada di Tangan-Nya, Al-Quran lebih cepat terlepas daripada unta yang terikat dari ikatannya.”

wsalam...a'a kenal..
ReplyDeletekat UK ek sekarang? dua2 sambung MA ker?
dah ada baby blm? akak link kan blog ni yer..tq
salam..akk pn ader blog...
ReplyDeletehttp://cikguhasni.blogspot.com