Wednesday, 20 May 2009

Assalamualaikum semua

Sekian lama tidak menulis, banyak perkara ingin dikongsikan bersama, antaranya perjalanan Thesis MA saya yang maju semula setelah melalui pasang-surut yang tidak menentu. Alhamdulillah..

Ingin berkongsi dengan anda tentang perlibatan, jalinan persahabatan saya dengan Muslim Local Sister di sini, yang banyak memperbaiki cara pemikiran, penyampaian, dan pergaulan saya. Alhamdulillah..

Cerita saya dengan anak-anak yang datang mengaji Al-Quran dan Iqra' di rumah, sesekali ingin kongsikan cerita yang mencuit hati.. Anak-anak lidah English mula membaca Kalam Allah..Walaupun susah tapi tidak pernah putus asa..

Bagaimana pasang surut kesihatan saya, Subhanallah.. Sehingga ramai menegur saya semakin susut dan skinny..

Dan, Kuliah saya di sini, sudah melepasi Fiqh Thaharah, akan memasuki Fiqh Shalah..

Saya akan berusaha untuk menulis selepas ini, kerana saya punyai ruang masa, cuma tidak dibahagikan sebaiknya. Khas untuk perkongsian, dan penambahbaikan dalam pemikiran, dan penulisan saya. Saya harap tulisan saya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua, dan khususnya kepada keluarga tersayang. Dan, kepada anak-anak saya nanti agar mengetahui, memahami, mempelajari, memperbaiki pengalaman perjalanan kehidupan ibubapanya berusaha mencari Redha Ilahi..


Ummu Ammar

1 comments:

  1. Assalamualaikum wrt wbt,

    apa khabar fizah? ana lama merindui penulisan enti. alhamdulillah at all, enti kembali ke layar siber(",)

    take care. hope when enti dah menemui ana nanti, enti dapat bimbing ana sedikit sebanyak. actually banyak perkara ana nak kongsikan dengan enti. kata kuncinya: bimbingan.

    teruskan berkongsi perkara yg disukai Allah. ana akan tambahkan usaha ke arah ini juga..hope ia menjamin kesunyian ana agar dapat pahala dan tidak sia-sia.

    salam sayang: Ummu Muaz(",)

    ReplyDelete