Alhamdulillah, sehingga kini saya dikurniakan lima orang anak saudara, seorang masih dalam kandungan. "Tunggu turn akak pula nanti" usik Kak Long, InsyaAllah, Ameen Ya Rabb.
Semalam, ketika menghubungi Mak di Kulim, antara cerita yang mencuit hati saya apabila Mak menceritakan kisah dua orang cucunya Aina dan Anis yang sudah masuk sekolah, si kakak Nur Aina Mardhiyyah 5 tahun dan adiknya Nur Anis Insyirah 4 tahun, sudah mula menjejakkan kaki ke Taska Abim Tanah Merah, Kelantan.
"InsyaAllah, PASTI tahun depan" jawab Kak Long. Mungkin kerana tradisi keluarga kami yang mendapat didikan dan tarbiyah PASTI semasa pra persekolahan. Jadi sudah terbiasa dengan PASTI. Namun, Taska Abim ini di antara yang terbaik di sana. Tentulah Abang Long dan Kak Long memilih yang terbaik untuk anak-anaknya.
Setiap pagi Anis akan menangis di bilik air kerana terpaksa mandi di awal pagi, jam 7 kena bersiap ke Taska, tergelak saya mendengarnya apabila mak bercerita. Si kakak pula tidak sabar ingin ke Taska, walaupun belum lagi dengan uniform suit taska. Setelah pulang, banyak sekali yang ingin diceritakan kepada ummi mereka, penat jugak umminya melayan. Sungguh saya rindu pada mereka.
Cucu lelaki sulong, Mua'az, nama secergas orangnya, seperti biasa nama ini diberikan oleh Mak Andak. Wajah seiras seperti daddynya ketika kecil cuma Mua'az ni cerah sedikit, mengikut kulit mamanya. Mua'az sejak di dalam kandungan tiada banyak masalah, Alhamdulillah, Kak Ngah tiada masalah semasa mengandung dan juga semasa melahirkan. Saya ada bersama ketika Mua'az keluar ke dunia, sedih pada waktu itu, melihat bangah yang mengalir air matanya menyambut zuriat yang pertama sambil melaungkan Azan dan Iqamah.

Huzaifah pula adalah cucu lelaki kedua, seiras betul dengan ayahnya, sangat kuat makan, dan kadangkala tu agak memilih makanan, nak makan mee atau spaggetti, sudah jemu makan nasi, tersenyum saya apabila ibunya bercerita kisah anak pertamanya itu. Walaupun Hud nama timangannya agak pendiam, namun sekali menjerit, semua akan terdiam. Suara seperti orang besar. Nampak bijak dari kecil lagi, teringin nak mendengar Hud panggil Mak Andak, dengar dia sudah boleh berlari, MasyaAllah, Cepat membesar dan sihat ya Hud. Kuat seperti ayahnya, dan penyabar seperti ibunya. Kak Uda semasa kandungannya agak teruk alahannya, sering pening dan muntah-muntah, sehingga warded!, kasihan Kak Uda, besarnya pengorbanan seorang ibu. Oleh kerana itu, Islam meletakkan martabat seorang Ibu selepas Allah dan Rasul. Kasih sayang Ibu tidak tolok bandingannya.
Dan, cucu termuda setakat ini adalah Nur Arifa, adik kepada Aina dan Anis, Alhamdulillah, Kak Long dikurniakan tiga orang anak dara cantik dan cerdik, sepertimana abah dan umminya. Arifa dilahirkan pada September tahun lalu ketika saya sudah berhijrah ke sini bersama suami tercinta. Namun, saya dapat mengikuti perkembangannya dari jauh. Semoga Arifa menjadi anak yang tabah seperti umminya yang masih bersemangat ingin menuntut ilmu sehingga kini.
Masih ada seorang lagi cucu yang ditunggu-tunggu, masih dalam kandungan mamanya Kak Ngah, semoga segalanya dipermudahkan Allah dan dikurnikana anak yang soleh, muslih, sempurna dan sihat. Ameen. Doakan Mak Andak juga ..
Anak-anak ini yang banyak menyerikan keluarga kami, lebih-lebih lagi pada abah dan mak, yang tak sabar menunggu cuti sekolah untuk pergi melawat cucu-cucunya yang dirindui. Semoga kalian membesar menjadi anak yang berjaya, bermanfaat kepada manusia, dan menjadi anak yang soleh mendoakan ibu bapa ketika tiada. Anak adalah amanah Allah untuk kita. Didiklah mereka dengan acuan Islam yang sempurna dan lengkap.

Ummu Ammar
Manchester

aina itu muka sebijik hang!!
ReplyDeleteowh..satu lagi...heroin high school musical pun muke macam kau...hhehe