Semalam, saya dihubungi seorang adik menanyakan adakah sesuai untuk mengadakan kuliah sempena 10 Muharram. Saya sebenarnya rasa agak lali dengan isu 10 Muharram ini, biasalah setiap tahun isu ini akan timbul, dan akan diperbahaskan andaian, amalan, sunnah, dan bidaah yang dilakukan oleh umat Islam pada hari tersebut. Namun, merasakan tanggungjawab dan amanah dengan ilmu yang dikurniakan ALLAH kepada saya, saya cuba untuk menyampaikan kuliah 'online' kepada adik-adik undergrade di Manchester.
Sebenarnya pelajar di sini telah didedahkan dengan amalan 'sunnah', mungkin kerana mereka banyak bergaul dengan pelajar dari Pakistan dan Arab. Kita tahu orang Pakistan dan Arab kebanyakkannya menunggu Hari A'syura ini tidak kiralah kepada golongan Sunnah ataupun Syiah. Namun, 10 Muharram ini adalah hari yang besar bagi umat Islam sepertimana yang disebutkan di dalam Hadith Rasulullah :-
Daripada Ibnu A’bbas RA, berkata Tidak pernah aku melihat Rasulullah S.A.W bersungguh berpuasa pada hari istimewa atas hari-hari lain, melainkan pada hari A’syura dan bulan ini iaitu Bulan Ramadhan Riwayat Bukhari.
Kuliah bermula pada jam 7 malam, Alhamdulillah saya sempat menyiapkan sedikit nota untuk rujukan sepanjang kuliah, supaya pendengar dapat mengikuti kuliah saya dengan lebih berkesan, biasalah kalau kuliah di alam maya ini, peratusan untuk kurang fokus dan konsentrasi menurun, bercakap seorang diri tanpa reaksi dari pendengar, entah di dengar atau tidak.
Tapi, saya sangat gembira dan terharu dengan respon dan reaksi dari pelajar, banyak soalan dan respon diberikan, ini menunjukkan mereka mendengar dan memahami apa yang disampaikan, Alhamdulillah.
Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca adalah semangat ingin menyampaikan kepada manusia, kita bukan kekurangan orang yang berilmu, namun kita sebenarnya kekurangan orang yang menyampaikan ilmu. Kita rasa takut untuk menyampaikan, rasa tidak yakin untuk menyampaikan, takut dengan respon dan reaksi manusia kepada kita.
Saya juga merasakan perkara yang sama sewaktu pertama kali menyampaikan kuliah, saya takut orang akan reject saya, takut untuk menerima kritikan dan komentar dari orang. Malah, saya tidak berkeyakinan untuk menyampaikan apabila suami ada disisi. Pelik sungguh saya waktu itu.
Kini, saya sudah berani untuk menyampaikan walau hanya sepatah ayat. Saya rasa bertangungjawab untuk menyambung perjuangan Rasulullah walaupun saya tahu, usaha saya ini hanyalah sekecil zarah berbanding baginda Sallahu Alaihi Wasallam.
Bagaimana ALLAH mengingatkan KekasihNYA tentang amanah untuk menyampaikan selepas dinobatkan sebagai Rasul terakhir, kita juga harus menyahut seruan tersebut sebagai umat Rasul Terakhir.
Ummu Ammar
10 Muharram 1430
Manchester

0 comments:
Post a Comment