Apabila sampai Manchester 4 bulan lalu, pertama kali ke Masjid North Jamia Manchester, saya bertanya suami, kenapa tiada laungan azan? " Azan di sini kedengaran hanya di dalam masjid " jawapan suami membuatkan saya tersentak, maksudnya selama beberapa tahun lagi saya di sini, laungan azan tiada kedengaran. Rindunya rasa, lagi-lagi azan versi Malaysia yang sangat meruntun hati.
Masjid yang berhampiran di rumah saya berpegang kepada Mazhab Abu Hanifah, ahlinya kebanyakkan pakistani, Khutbah Jumaat nya di dalam Bahasa Urdu, teringat Ust Abu Lais yang mengajar saya subjek Ulum Hadith 5 tahun lalu di UIAM. Pernah sekali saya mengikut suami Solat Fardhu Jumaat di masjid tersebut, terkejut saya tempat solat wanita penuh !! saya terpaksa berhimpit walaupun orang tak suka berhimpit begitu. Saya rasa sedih kerana safnya tidak rapat, satu sejadah untuk seorang, dan kalau kita rapat mereka akan bergerak menjauhi. Bila saya adukan kepada suami, rupanya itu pegangan mereka, tidak boleh bersentuhan dalam saf ketika solat. Ajeeb ..!!
Dan ketika saya mendengar khutbah yang saya tidak faham apa yang diperkatakan oleh khatib, maklumlah bahasa Urdu, ada seorang wanita memberi secubit serbuk pewangi pada semua, baunya cukup kuat, sehingga saya terpaksa menyapu sedikit atas sejadah, " wangilah sikit sejadah ni "
Bila selesai solat, masing-masing akan berdiri dan berselawat, dalam bahasa Urdu, sungguh merdu. sehingga kini saya masih mengingati selawat tersebut. Apabila adat bercampur dengan ibadat, pelbagai amalan dapat dilihat. Semoga Allah memberi petunjuk pada kita semua, Ameen ..
Sejak berada di sini, banyak perkara saya pelajari terutamanya tentang cara hidup manusia di sini, dan bagaimana kehidupan none muslim di sini. Nilai cara hidup yang mirip dengan nilai murni Agama kita antaranya bersungguh-sungguh di dalam semua perkara, jujur, amanah, bercakap benar, sopan santun di dalam percakapan, dan peramah walaupun dengan foreigners seperti saya.. MasyaAllah, berilah petunjuk kepada mereka Ya Allah Ya Haadi..
Semoga hijrah saya ke sini dapat memberi anjakan paradigma pada diri saya dan suami dalam menyusuri survival kehidupan yang mencabar di sini, dan semoga adanya kami di sini dapat membantu masyarakat muslim dalam memartabatkan Agama Allah di muka bumi British ini, dan none muslim dalam memperkenalkan pada mereka cara hidup umat Rasulullah yang cantik dan syumul. Ameen ..
Ummu Ammar

0 comments:
Post a Comment