Sepatutnya, hari ini adalah hari pertama saya mengajar di Sekolah Malaysia, namun, sessi persekolahan hari ini terpaksa dibatalkan kerana pihak pengurusan mengalami sedikit masalah.
Kami mengadakan meeting pagi ini agar segala pengurusan selepas ini berjalan dengan lancar, dari segi silibus pembelajaran, jadual guru dan pengurusan anak murid ketika di dalam dan di luar kelas, maklumlah anak-anak di sini tidak seperti di Malaysia.
Selepas meeting saya terus ke Abraham Moss Centre, ada training Bola Jaring, untuk perlawanan antara muslimat Jemaah pada minggu hadapan, berlari saya mengejar masa, dengan berjubahnya, menjadi perhatian sekejap sepanjang jalan tadi.. aduhai ..
Seronoknya main tadi, seperti biasa, saya akan menguasai, walaupun permainan ini bukanlah kemahiran saya dari kecil namun, saya rasa semua sukan saya boleh main.
Balik dari training, saya bergegas dengan Kak Mas untuk menziarahi sepasang suami isteri yang akan berangkat menunaikan Haji, MasyaAllah, muda-muda lagi dah dapat melaksanakan tuntutan rukun Islam ke-lima ini. Semoga kalian beroleh Haji Mabrur.. Ameen..
Saya pulang ke rumah berjalan kaki, kali ini tidak berlari lagi. Mungkin kesejukan dan tidak berkejar mahu ke mana. Lagipun, hari ini seharian suami tiada di rumah. Beliau menghadiri satu Seminar Usul Fiqh yang dianjurkan oleh Al-Kauthar Institute. Keluar jam 8 pagi tadi, akan pulang malam nanti kerana selepas itu suami akan ke rumah Naqibnya. Sudah lama suami tak join usrah, setelah berkurung dua bulan di rumah mentelaah buku untuk peperiksaan ICAEW nya itu. Semoga Allah mengurniakan kejayaan pada suami, Ameen.
Terasa sunyi hari ini, keseorangan di rumah, walaupun memang tiap-tiap hari akan keseorangan di rumah apabila suami pergi bekerja. Saya rasa serba tak kena bila hanya duduk di rumah, biasanya kalau di Malaysia, saya akan selalu sibuk, mencari sesuatu untuk dilakukan, samada akan aktif dengan program universiti, mengikut program bersama mama, pergi kuliah ilmu, ataupun saya akan ke rumah ummi keluarga angkat saya yang menjaga anak-anak yatim tinggal bersama di rumah mereka, disana pelbagai aktiviti saya akan lakukan bersama anak-anak yang sangat saya rindui ketika ini.
Bila keseorangan, pelbagai perasaan timbul, namun, sebenarnya banyak perkara yang saya boleh lakukan, terutamanya thesis saya, buat silibus kuliah Fiqh Mar'ah, dan membaca buku.
Keseorangan tidak beerti tiada aktiviti, saya harus optimis dengan situasi dan keadaan yang saya alami, ini adalah ketentuan Allah, dan saya perlu bijak bagaimana hendak mencorakkan situasi menjadi lebih bermaafaat dan rasa gembira dengannya.
Walaupun suami selalu sibuk, saya kena sentiasa ingat bahawa, suami bukan hak milik saya sepenuhnya, suami adalah hak milik keluarganya, majikannya, ,masyarakat dan ummah, dan yang paling penting adalah hak milik Allah yang telah menjaganya, memelihara, membimbing menjadi seperti mana sekarang, tugasnya bukan hanya sebagai seorang suami yang sangat penyayang dan beriman namun, anak, abang, murabbi, pekerja, dan hambaNYA yang taat dan patuh kepadaNYA.
Bila berfikir begitu, hati saya kembali tenang, kerana saya tahu dan yakin bahawa suami saya keluar adalah untuk berkhidmat pada Agama. Saya yakin bahawa Allah akan memeliharanya di mana sahaja dia berada.
Kini, saya tersenyum, kerana hati saya tidak lagi diselubungi perasaan yang bercampur baur, bagaimana tabahnya Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim, saya juga berusaha untuk mencontohi walaupun ujian saya ini hanyalah sekecil zarah berbanding ujian para srikandi di zaman lalu.
Semoga cinta dan kasih saya padamu abang akan terus mekar disirami Rahmat dan Kasih sayang Allah Rabbul Jalil, kepadaNya kami berharap dan bergantung, semoga hubungan suci ini dirahmati dan dipelihara Allah walau di mana kami berada.
Abang, honey nak bersama abang juga di Syurga nanti, semoga kita manjadi ahli Syurga, Ameen Ya Rabbal A'lamin.
Ummu Ammar

0 comments:
Post a Comment