Friday, 14 November 2008

Newcastle bandar seni, Durham bandar segi


Minggu lalu, saya mengikut suami ke Newcastle, beliau dijemput untuk memberi ceramah kepada pelajar Malaysia di sana. Tajuk yang diberikan adalah " Kepentingan Fiqh Muwazanah dan Fiqh Aulawiyat di dalam kehidupan seorang Daie"

Selama 3 hari suami menganalisa topik, kerana beliau baru sahaja menamatkan exam ACA selasa lalu, sepanjang 2 bulan beliau berkurung di rumah study, baru saya tahu kesungguhan dan penuhnya komitmennya pada study ini. " Tak lepas kita bungkus balik Malaysia la sayang" kata suami, Ma'azallah .. Semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada suami dalam exam ini, segala usaha sudah dicurahkan, hanya tawakkal dan doa diserahkan.

Sempat beliau membuat beberapa research agar dapat menyampaikan ceramah dengan baik, dengan bantuan isteri tersayang :). Kerana baginya persediaan yang rapi sangat penting walau sehebat mana pun penceramah. Persediaan yang baik dapat memberi kesan kepada pendengar.

Dua hari kami di sana, sempat melawat bandar Newcastle yang penuh seni, dan sejarah. Mungkin lebih cantik dari bandar Manchester.

Hari kedua kami sempat berjalan ke bandar unik Durham, kebetulan pada hari itu sambutan "Memorial Day". Bandar Durham agak kecil penduduk Muslim di situ sangat kecil. Menurut seorang kakak yang sudah lama menetap di situ, makanan halal tidak terdapat di situ, dan seminggu sekali beliau akan ke Newcastle untuk mencari makanan atau stok halal.

Kami mengajak dua orang adik mengikut kami. Mereka ini sangat berpotensi dan berjaya di dalam pengajian masing-masing. Kami memilih mereka atas dasar ingin mengenali dan menjalinkan ukhwah dengan lebih rapat.








Benarlah kata Rasulullah S.A.W, bahawa sekiranya kita ingin mengenali seseorang, maka bermusafirlah bersamanya.

Alhamdulillah, kembara kami kali ini memberi impak yang baik pada pelajar di sana dan diri kami sendiri, selain ingin meluangkan masa bersama berjalan berpegangan tangan meninjau dan melihat keindahan ciptaan ilahi.




Ummu Ammar






0 comments:

Post a Comment