Waktu di UIAM dulu, apabila hari Jumaat, biasanya saya dan sahabat-sahabat akan bermalam di Masjid. Masjid UIAM adalah diantara masjid paling hidup yang pernah saya pergi di Malaysia. Di pagi Jumaaat, Imam akan membaca Surah Sajdah. Sayu mendengar bacaan imam di pagi hari. Sujud Sajdah di pagi Jumaat adalah amalan sunnah yang perlu dipraktikkan.
Alhamdulillah, pagi Jumaat di sini kami berusaha untuk teruskan amalan sunnah ini, berimamkan suami membaca Surah Sajdah dan Insaan di rakaat kedua.
Hari ini, agak kelam kabut juga, membuat persiapan ke Prague. Dan alhamdulillah bersyukur tidak terhingga kerana saya dapat cari pengganti untuk mengajar di Sekolah Malaysia Sabtu ini, selama 2 minggu saya mencari pengganti, semua orang dihubungi namun hasilnya tiada siapa yang free waktu itu, kalau ada tapi tak berani dan yakin nak mengajar anak-anak Pendidikan Islam. Namun, pencarian saya berakhir kerana seorang adik sudi menolong saya, dengan senang dia mengatakan boleh, katanya "ok kak, saya nak tambah pengalaman baru" what a relief .. Alhamdulillah.
Kelas Mengaji petang ini terpaksa dibatalkan kerana saya terpaksa keluar rumah awal untuk ke airport Manchester.
Melihat tentatif program di sana agak padat, 2 hari program suami diamanahkan untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar Malaysia di sana.
Doakan kami selamat pergi dan balik, dan semoga kembara kami kali ini memberi anjakan pada diri kami dan pelajar di sana.
Alhamdulillah, kamera ditempah dah terima pagi tadi :) tunggu post seterusnya ...
UmmuAmmar

0 comments:
Post a Comment