Monday, 24 November 2008

Hentikan Ghibah

Kenapa hari Ahad begitu istimewa di sini, biasanya orang di sini akan menjawab kerana ada Car Boot sale, ada yang menjawab nak berjalan-jalan bersama keluarga. Biasanya, setiap hujung minggu saya dan suami ada program, Car Boot pun kadangkala kami akan pergi, kalau sudah banyak list nak beli, kami akan ke sana, benda yang menjadi perhatian suami adalah buku, dijual dengan harga yang cukup murah. Saya berkenan dengan pinggan mangkuk,cantik-cantik dan murah, untuk digunakan bukan untuk dijadikan perhiasan, saya tidak berminat untuk membeli pinggan yang hanya diletakkan di almari, saya rasa lebih baik penuhkan almari dengan buku rather than pinggan mangkuk.

Pertama kali di Carboot

Meleret pula cerita tentang Car Boot, sebenarnya tujuan saya bercerita tentang hari ahad adalah kerana hari tersebut saya akan menghadiri "Sister Study Circle", ianya dihadiri tidak lebih dari 10 orang perempuan, namun, pengisian sangat bermanfaat pada semua. Pada masa yang sama, saya dapat memperbaiki pertuturan saya di dalam English, maklumlah english orang melayu.

Hari ini topik perbincangan adalah mengenai "BackBiting", di sampaikan oleh Sister Ameenah, tak ramai yang hadir hari ini, mungkin disebabkan hujan.

Sebuah video ingin saya kongsikan khas untuk wanita di luar sana, elakkan mengumpat, kaum kita ramai di Neraka kerana bahana ini.


video


Diakhir perbincangan, Sister Ameenah ada menyebut tentang kenapa ramainya kaum hawa di Neraka, antara sebab utama adalah kerana tidak menjaga lidah, dan tidak melayan suami dengan sebaik mungkin. Sebagai isteri, kadang-kadang saya ada juga mengguris hati suami, apabila melayan emosi yang ghulu. Semoga Allah menjaga hati, jiwa, perasaan, dan akal saya dan semua wanita daripada sebarang bisikan,lintasan yang merosakkan diri kami dan bait muslim kami

Ya Allah, jauhkan kami dari bersifat seperti ahli Neraka, bimbinglah kami, dan peliharalah kami. Dekatkan kami dengan sifat mahmudah agar ianya melekat ke dalam diri kami sehingga akhir hayat kami. Ameen..


Ummu Ammar

0 comments:

Post a Comment