Tiapkali menjelma Ramadhan kita sering diperdengarkan dengan satu ayat Al-Quran yang begitu famous dikalangan para penceramah, ustaz, daie, para pelajar, ibu bapa. Kalam mulia yang berbunyi:-
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa"
Allah perintahkan kepada orang yang beriman agar berpuasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, supaya mereka bertaqwa. Mungkin ayat ini nampak biasa dan selalu kita dengar, "biasa je ayat ni, tak rasa apa-apa pun" namun bagi orang yang beriman, tentu merasakan bahawa ayat ini suatu taklifan yang berat, memerlukan pengorbanan yang kuat, kesedaran yang penuh, pemerhatian yang jitu, keazaman yang unggul hanya kerana untuk membina ketaqwaan dalam diri.
Bagaimana hendah membina taqwa? persoalan ini dapat dirungkai dengan kisah dua orang sahabat Rasulullah; Ubai bin Kaab dan Umar Al-Khattab, bertanyakan tentang apakah itu Taqwa, Taqwa itu seolah kita berjalan di atas duri, bagaimana cara kita berjalan? sudah tentu dengan berhati-hati dengan mengangkat kain dan sebagainya.
Inilah taqwa..yang sukar untuk mencapainya, di kiri dan kanan, di hadapan dan belakang terdapat pelbagai ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi.
Namun, tidaklah mustahil untuk kita membina taqwa di dalam diri, selagi kita cuba untuk meraihnya dengan kesungguhan beserta kesedaran dan keazaman yang penuh. Insya Allah..Insya Allah..
Rebutlah bulan Rahmat ini dengan memaksa diri untuk membina taqwa, berusahalah, biar sakit, biar penat, namun jangan berputus asa..kerana kita yakin dengan Ar Rahman dan Ar Rahim yang tiada belah bagi untuk hambaNYA yang beriman ....
0 comments:
Post a Comment